KEPALA BATAS: Pulau Pinang akan terus teguh menyokong usaha kerajaan Pusat merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan, selaras aspirasi Malaysia MADANI, wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat serta Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini telah menambah RM15 bilion ke dalam peruntukan RM400 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) demi menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah asas prasarana dan keperluan asas rakyat, menjamin bekalan air bersih dan sebagainya.
"Siling perbelanjaan RMK-12 ini telah mengambil kira jangkaan kekal dalam sasaran defisit 3.5 peratus menjelang 2025 yang penting bagi pembangunan ekonomi negara termasuk di negeri ini, memandangkan ekonomi Pulau Pinang bertumbuh sebanyak 13.1 peratus pada 2022 berbanding 6.9 peratus pada tahun sebelumnya, dengan nilai KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebanyak RM112.1 bilion.
"Lazimnya, sektor pembuatan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tertinggi yang mencatatkan peningkatan sepanjang tahun lepas iaitu sebanyak 15.9 peratus, berbanding 12.4 peratus pada tahun sebelumnya," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia peringkat Pulau Pinang di Dewan Millenium, di sini hari ini.
Majlis sambutan itu, yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersama isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor, berlangsung sederhana namun meriah dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum.
Chow berkata dalam menyemarakkan lagi semangat patriotik dan kepelbagaian dalam negara, Pulau Pinang juga tidak ketinggalan untuk meraikan hari bersejarah iaitu Hari Malaysia di peringkat negeri.
"Mengambil semangat tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, selain menghargai ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan yang melanda negara, ia juga merupakan iltizam negara untuk membentuk warga Malaysia yang bersatu padu, saling hormat-menghormati serta meraikan kepelbagaian.
"Ia dipacu oleh Kerangka Malaysia MADANI yang menjadi pemangkin kepada masyarakat yang maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dah kearifan tempatan," katanya.
Katanya keamanan dan perpaduan yang dikecapi kini adalah hasil usaha serta kerja keras para pejuang kemerdekaan dan segenap masyarakat di negeri ini dengan tekad yang satu, iaitu memastikan kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan negeri ini sentiasa terpelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (kanan) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (dua, kiri) mengibarkan Jalur Gemilang bersama orang ramai pada sambutan Hari Malaysia hari ini. - Foto Bernama
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan
Penganjur program Keretapi Sarong sedia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menjadikan program itu sebahagian aktiviti Bulan Kebangsaan.
Sambutan Hari Malaysia 2023 berjaya zahir semangat 'Segulai Sejalai'
Sambutan kali ini bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat perpaduan sebagai kunci utama kestabilan negara.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Perhimpunan guna sentimen patriotisme palsu boleh cetus ideologi tidak sihat - Ahli akademik
Hari Malaysia sewajarnya diraikan dengan penuh semangat perpaduan serta kebersamaan, bukannya dicemari dengan perhimpunan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.
Ketepi perbezaan, lebih 10,000 rakyat Malaysia rai perpaduan, meriahkan 'Keretapi Sarong 2023'
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum tampil menyertai program persembahan kilat berkumpulan, 'Keretapi Sarong 2023' (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.
P. Pinang terus sokong usaha kerajaan pusat laksana agenda pembangunan
Pulau Pinang akan terus teguh menyokong usaha kerajaan Pusat merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan.
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika
Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia.